Pelari 400 meter (m) negara, Umar Osman sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan dalam acara tersebut ketika beraksi dalam peringkat separuh akhir (saringan 3) di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China pada hari ini.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Shuangliu, Umar yang merupakan penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berhasil menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan masa 46.09 saat (s).
Sementara itu, tempat pertama serta kedua dimenangi oleh Holder Reece Nathaniel dan Kenki Imaizumi yang merupakan pelumba dari Australia dan Jepun masing-masing.
Kedua-dua pelumba itu menamatkan larian dengan catatan masa 45.75s dan 46.06s masing-masing sekaligus layak ke perlumbaan akhir secara automatik.
Catatan masa itu sekaligus meleburkan rekod yang baru sahaja diciptanya semalam iaitu 46.33s setelah menamatkan larian di tempat kedua dalam Pusingan 1 (Saringan 1).
Biarpun menamatkan larian separuh akhir di tempat ketiga, catatan masa 46.09s itu meletakkannya sebagai dua pelumba terakhir yang terpantas merentasi kesemua saringan sekaligus layak ke perlumbaan akhir yang berlangsung pada hari esok.
Senarai lapan pelumba lelaki yang layak ke perlumbaan akhir 400m pada hari esok adalah seperti berikut:
Featured Image: Sukan IPT