Penyerang Kacukan Jepun-Brazil PDRM FC Peluk Agama Islam
August 2, 2023 Hafizuddin Omar

Penyerang berdarah kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki yang beraksi bersama PDRM FC sah memeluk agama Islam, pada hari ini.

Skuad berjulukan The Cops mengesahkan mengenai pengislaman pemain berusia 33 tahun berkenaan menerusi makluman di platform media sosialnya, sebentar tadi.

Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.” tulis kenyataan kelab.

View this post on Instagram

A post shared by PDRM Football Club (@officialpdrmfc)

Dimaklumkan, Bruno telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445. 

Pengucapan dua kali syahadah itu dilakukan dihadapan Ustaz Arif M.Rajoli dan disaksikan oleh YDH SAC Noor Hisam Nordin, Komandan PULAPOL KL, YDH SUPT. Razali Mohamed Shahid, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) PULAPOL KL, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Untuk makluman semua, Bruno bukanlah satu nama yang asing dalam kancah bola sepak tanah air.

Sebagai rekod, Bruno telah beraksi dalam saingan Liga Malaysia sekitar lima tahun bersama Negeri Sembilan FC, Terengganu FC II dan PDRM FC dari 2017 hingga pertengahan 2022. 

Pada Februari lalu, Bruno kembali semula ke pangkuan skuad The Cops untuk mengharungi Liga Malaysia 2023.

Featured Image: PDRM FC

Komen