Pertengahan Julai lalu, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas temasya Sukan Olimpik 2024 Paris.
Bagaimanapun, Norza membuat kejutan mengumumkan untuk melepaskan kerusi No.1 badan induk badminton negara dengan lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini.
Perkembangan itu diumumkan Norza dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung di platform media sosial rasminya, semalam.
“Hari ini saya nak umumkan, saya pendekkan saya punya perletakan jawatan, i’ll resign end of the year (saya akan letak jawatan pada penghujung tahun), so simple (sangat mudah),” katanya dalam sidang media berkenaan.
🎥 BAM Special Press Conferencehttps://t.co/XfupTFpTFm#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia
— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2023
Jelas Norza lagi, pemendekan tempoh untuk meletakkan jawatan itu diumumkan susulan menemui beberapa calon yang berpotensi untuk menjadi penggantinya dan nama-nama tersebut akan dibawakan kepada Ahli Majlis BAM.
Sebagai rekod, Norza mula berperanan sebagai Presiden BAM pada tahun 2017 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.
Sebagai tambahan, Norza menumpukan tumpuannya terhadap jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) selepas meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM.
Selain itu, Norza juga mempunyai peranan sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia (BA) bagi penggal 2023-2027.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia