Dua perseorangan lelaki terbaik negara bakal bertembung sesama sendiri di pentas suku akhir Terbuka Australia 2023.
Pertembungan ini tercetus selepas pemain No.1 negara, Lee Zii Jia berhasil menumpaskan pemain India yang menghuni ranking ke-50 dunia, Mithun Manjunath di Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan itu, Zii Jia meraih kemenangan selepas mengharungi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-13, 12-21 dan 21-19 yang memakan masa sekitar satu jam permainan.
SATHIO GROUP Australian Open 2023
MS – R16
21 12 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅
13 21 19 🇮🇳Mithun MANJUNATH🕚 in 61 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 3, 2023
Terdahulu, pemain No.2 negara, Ng Tze Yong berhasil mengesahkan tempat di peringkat suku akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini.
Tze Yong yang menduduki ranking ke-21 dunia merakamkan kemaraan berkenaan selepas mengejutkan pemain No.5 dunia, Jonatan Christie secara “straight set” di Pusingan 16.
Menariknya, pertembungan antara Zii Jia dan Tze Yong pada hari esok untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir Terbuka Australia akan menjadi yang pertama di pentas antarabangsa.
Featured Image: Sathio Group Australian Badminton Open