Al-Ikhsan Tawar Hadiah Percutian Ke Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024
August 3, 2023 Hafizuddin Omar

Peruncit barangan sukan Malaysia, Al-Ikhsan Sports bermula dengan pembukaan kedai pertamanya di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh pengasasnya, Haji Ali Hassan pada tahun 1993.

Kini, ianya telah berkembang maju dengan mempunyai 185 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia serta mempunyai kedai yang mengkhususkan kepada produk sukan bola sepak, Football Republic.

Bersempena dengan sambutan 30 tahun operasinya, Al-Ikhsan tampil menyajikan rakyat Malaysia dengan sebuah kempen “Pengalaman Sukan Paling Hebat” di mana dengan hanya pembelian serendah RM100, akan melayakkan pelanggan memenangi hadiah bulan dan hadiah-hadiah utama yang cukup lumayan.

Kempen yang berkonsepkan lebih banyak anda berbelanja, lebih besar peluang untuk menang ini akan berlangsung selama sembilan iaitu dari 21 Julai 2023 hingga 31 Mac 2024. Ini bermakna, perbelanjaan terkumpul yang paling banyak akan diangkat sebagai pemenang.

Hadiah-hadiah utama dan bulanan yang ditawarkan oleh Al-Ikhsan adalah seperti berikut:

  1. Percutian (7h6m) Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bernilai RM50,000
  2. Percutian (5h4m) ke EURO 2024, Jerman termasuk 2 tiket perlawanan akhir UEFA EURO 2024 bernilai RM40,000
  3. Percutian (5h4m) ke EURO 2024, Jerman termasuk 2 tiket perlawanan peringkat kumpulan UEFA EURO 2024 bernilai RM40,000
  4. Percutian (5h4m) ke Anfield/Liverpool untuk 2 orang termasuk tiket perlawanan Liga Inggeris bernilai RM25,000
  5. F1 VIP Pass + trip 2024 bernilai RM12,500
  6. Pengalaman berlumba di Sepang International Circuit bernilai RM10,000
  7. 4x RM7,500 baucar tunai Al-Ikhsan
  8. Hadiah bulanan termasuk telefon pintar serta barangan elektrik

Untuk menyertai kempen ini, pertamanya, anda perlu mendaftarkan keahlian Al-Ikhsan Sports melalui laman e-dagang rasminya. Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin sah di Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Untuk rujukan lengkap mengenai peraduan ini, anda boleh berkunjung ke www.al-ikhsan.com/30-years-anniversary-spend-win

Komen