Artikel

FAM Lancar Jam Edisi Terhad CAT x Harimau Malaya Berharga RM499

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil mengeluarkan sebuah lagi jam tangan eksklusif menerusi jalinan bersama Marco Worldwide (M) Sdn Bhd, syarikat pengedar rasmi jam tangan Caterpillar (CAT).

Menerusi kerjasama ini, jam tangan edisi terhad CAT x Harimau Malaya mendatangkan reka bentuk yang tahan lasak seperti kalis air sedalam 100 meter (m) serta membawakan warna hitam dan kuning – warna tradisi Harimau Malaya.

Untuk makluman semua, jam tangan CAT x Harimau Malaya edisi pertama ini dikeluarkan sebanyak 2,000 utas sahaja.

Tanda harga yang diletakkan adalah RM499 bagi setiap utas.

Bagi penyokong skuad Harimau Malaya yang berminat untuk memiliki jam tangan ini, ianya boleh didapati bermula esok (Selasa, 8 Ogos) secara eksklusif di platform e-dagang, Shopee.

Pada hari seterusnya (Rabu, 9 Ogos), ianya akan dijual di kedai rasmi Caterpillar terpilih di seluruh negara serta kedai dalam talian rasmi Marco eStore dan sebuah lagi platfotm e-dagang, Lazada.

Difahamkan, FAM tampil dengan kerjasama ini bagi mengukuhkan lagi jenama Harimau Malaya dan kerjasama bersama Marco Worldwide (M) ini berlangsung selama setahun.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen