AFF B-23: E. Elavarasan Gugur Kapten & Beberapa Tonggak Skuad Sukan SEA
August 8, 2023 Hafizuddin Omar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan, semalam, bagi menyertai kem latihan pusat yang akan bermula pada 13 Ogos (Ahad) kelak.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, beberapa pemain utama termasuk kapten skuad Harimau Muda yang beraksi temasya Sukan SEA 2023 Kemboja pada Mei lalu tidak digugurkan oleh jurulatih berusia 61 tahun terbabit. 

Antaranya Mukhairi Ajmal (Selangor FC), Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan (Terengganu FC), Haqimi Rosli, T. Saravanan (Kuala Lumpur City FC) dan Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan FC).

Bagaimanapun, terdapat beberapa tonggak utama yang masih dipanggil oleh Elavarasan bagi menyertai kem latihan kali ini seperti Ruventhiran, Aliff Izwan, Syahir Bashah, Zikri Khalili (Selangor FC), Ubaidullah (Terengganu FC), Daryl Sham, Najmudin Akmal, Fergus Tierny (Johor Darul Ta’zim II) dan Aiman Afif (Kedah Darul Aman FC).

Senarai penuh 25 pemain yang dipanggil oleh Elavarasan adalah seperti berikut:

Sementara itu, Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC) pula dimasukkan dalam Senarai Bersedia bersama-sama 14 lagi pemain yang lain.

Sebagai rekod, pada temasya Sukan SEA tersebut, skuad Harimau Muda yang dibarisi dengan beberapa pemain utama kelab-kelab Liga Super terkandas di peringkat Kumpulan B setelah tumpas kepada Thailand dan Vietnam biarpun menang besar ke atas Laos dan Singapura.

Untuk makluman, Elavarasan memanggil 25 pemain menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan untuk mengharungi Kejuaraan AFF B-23 di Rayong, Thailand bermula dari 17 hingga 26 Ogos kelak.

Dalam saingan ini, skuad Harimau Muda telah diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen dengan menentang Indonesia (18 Ogos) diikuti Timor Leste (22 Ogos).

Juara bagi Kumpulan A, B dan C serta naib juara terbaik merentasi ketiga-tiga kumpulan terbabit akan layak ke separuh akhir yang berlangsung pada 24 Ogos.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen