Pesta Bola Merdeka: Malaysia Buka Kempen Bertemu Pasukan Ke-99 Dunia
August 8, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon akan memulakan saingan Pesta Bola Merdeka bertemu pasukan yang menghuni ranking ke-99 dunia iaitu India pada Perlawanan 1.

Sementara itu, satu lagi perlawanan akan menemukan Palestin dan Lubnan yang menghuni ranking ke-96 dan ke-100 dunia masing-masing.

Perkembangan ini hadir selepas selesainya majlis undian Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Wisma FAM, pada hari ini.

Untuk makluman semua, perlawanan melibatkan Malaysia menentang India dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober (Jumaat) dengan sepak mula jam 9 malam.

Manakala Palestin dan Lubnan pula bertemu pada hari yang sama namun sepak mulanya dijadualkan pada jam 4.30 petang.

Pemenang bagi kedua-dua perlawanan ini akan mara ke perlawanan akhir untuk merebut trofi kejuaraan Pesta Bola Merdeka pada 13 Oktober (Selasa) dengan sepak mula jam 9 malam.

Kedua-dua pasukan yang kalah pada Perlawanan 1 pula akan berentap untuk perebutan tempat ketiga pada tarikh yang sama dengan sepak mula jam 4.30 petang.

Pesta Bola Merdeka edisi ke-42 ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) – kejohanan pertama yang diadakan selepas stadium ini menggunakan permukaan pada jenis baharu.

Sebagai rekod, Pesta Bola Merdeka dilangsungkan kali terakhir pada 2013 – sedekad lalu – di Kuantan, Pahang yang melibatkan skuad Malaysia B-23, Myanmar B-23, Thailand B-23 dan Singapura B-23.

Featured Image: Football Association of Malaysia 

Komen