Kejohanan Berbasikal Dunia: The Pocket Rocketman Ke Suku Akhir Keirin
August 9, 2023 โ€ข Hafizuddin Omar

Jaguh berbasikal trek tanah air, Datuk Azizulhasni Awang tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Dunia UCI 2023.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman ini mengesahkan tempat ke peringkat berkenaan selepas menamatkan perlumbaan pusingan 1 (saringan 3) sebagai juara dengan catatan masa 10.153 saat (s).

Turut sama layak ke peringkat suku akhir daripada saringan tersebut adalah pelumba Great Britain, Hamish Turnbull yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

View this post on Instagram

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Di peringkat suku akhir yang akan berlangsung sekitar awal pagi esok, Azizul yang berusia 35 tahun akan beraksi dalam saringan 3 bersama-sama naib juara tahun lalu, Jeffrey Hogland (Belanda) serta Thomas Cornish (Australia), Maximilian Dornbach (Jerman), Shinji Nakano (Jepun) dan Sam Dakin (New Zealand).

Untuk pengetahuan semua, empat pelumba terbaik daripada setiap saringan akan layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, dua lagi pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom terpaksa akur melupakan acara ini apabila terkandas pada pusingan pusingan 1 repechage.

Terdahulu, Shah Firdaus menamatkan perlumbaan pusingan 1 (saringan 5) di tempat ketiga manakala Ridwan pula di tempat keempat dalam pusingan 1 (saringan 1).

Featured Image: UCI Track Cycling

Komen