Piala Suhandinata: Malaysia Diundi Bersama 4 Pasukan Eropah
August 9, 2023 Hafizuddin Omar

Majlis undian bagi saingan Piala Suhandinata atau Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF 2023 telah berlangsung di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur pada hari ini.

Hasil undian tersebut, Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan C. Dalam kumpulan tersebut, Malaysia akan menghadapi empat buah pasukan dari benua eropah iaitu England, Latvia, Austria dan Poland.

Sementara itu, juara edisi lalu Korea menghuni Kumpulan A bersama-sama juara sebanyak 13 kali, China dan Australia, Belanda serta Norway.

Manakala juara edisi 2019 pula berada dalam Kumpulan E bersama-sama Estonia, Armenia, Portugal dan Georgia.

Hasil undian bagi kumpulan-kumpulan lain adalah seperti berikut:

Kumpulan B – Jepun, Kanada, Singapura, Mauritius dan Lithuania.

Kumpulan D – Jerman, India, Brazil, Coco Islands dan Republik Dominica

Kumpulan F – Perancis, Sepanyol, Ghana, Hong Kong dan Belgium

Kumpulan G – Chinese Taipei, Denmark, New Zealand, Slovakia dan Tahiti

Kumpulan H – Thailand, Amerika Syarikat, Slovenia, Peru dan Iceland

Untuk makluman semua, kejohanan berpasukan campuran yang dikhususkan untuk pemain bawah 19 tahun ini akan berlangsung bermula 25 hingga 30 September kelak bertempat di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Pada edisi lalu yang berlangsung di Sepanyol, skuad Malaysia menamatkan saingan ini di tempat kesembilan – menyamai pencapaian pada tahun 2019.

Sebagai rekod, skuad Malaysia julung kalinya menjulang trofi Piala Suhandinata ini pada edisi 2011.

Featured Image: Badminton World Federation

Komen