Ibu kota bagi wilayah Zhejiang, China iaitu Hangzhou diangkat sebagai tuan rumah kejohanan Jelajah Dunia Akhir (World Tour Finals) BWF sehingga 2026.
Ini selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan pemilihan bandar tersebut bermula 2023 hingga 2026 menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman sesawang rasminya, hari ini.
Untuk makluman, Jelajah Dunia Akhir BWF merupakan kejohanan penutup bagi siri kejohanan badminton Jelajah Dunia yang merangkumi Super 1000 (4 kejohanan), Super 750 (6 kejohanan), Super 500 (9 kejohanan) dan Super 300 (11 kejohanan) secara keseluruhan.
Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan ini hanya boleh disertai oleh lapan pemain serta beregu terbaik dalam kategori masing-masing sahaja.
Kelayakan lapan pemain dan beregu ini diambil berdasarkan Ranking Jelajah Dunia BWF.
Bagi Jelajah Dunia Akhir BWF edisi 2023, ianya dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 17 Disember kelak dengan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah $AS2 juta – meningkat sebanyak $AS500,000 berbanding edisi lalu.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!