Para peminat bola sepak Malaysia yang mahu menyaksikan persembahan pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Sadio Mane dan N’golo Kante dalam saingan Liga Pro Saudi boleh menontonnya di saluran SPOTV.
Perkembangan ini hadir selepas SPOTV menandatangani kerjasama dengan liga terbabit bagi mendapatkan hak penyiaran di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Filipina, Singapura, Thailand dan Korea Selatan selama dua musim.
SPOTV memaklumkan, peminat bola sepak di Malaysia akan dihidangkan sebanyak 102 perlawanan bagi musim 2023/24. Perlawanan pertama yang akan disiarkan melibatkan pertembungan antara Al Ahli dan Al Hazem pada 12 Ogos dengan sepak mula jam 2 pagi (waktu Malaysia).
Eyes on the prize 👀🏆
Who will be the 2023-24 #RoshnSaudiLeague champions? #yallaRSL pic.twitter.com/bCCi27mspI
— Roshn Saudi League (@SPL_EN) August 7, 2023
SPOTV turut berkongsikan bahawa mereka menyajikan sebanyak tiga perlawanan secara langsung bagi setiap minggu di saluran SPOTV (Astro dan Unifi TV) dan juga aplikasi SPOTV NOW. Sementara itu, pelanggan Premium SPOTV NOW pula boleh strim perlawanan secara langsung menerusi telefon bimbit dan laman web.
Selain empat pemain bintang di atas, Liga Pro Saudi turut dihiasi dengan kelibat Riyad Mahrez, Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy, Roberto Firmino, Fabinho, Marcelo Brozovic, Alex Telles, Allan Saint-Maximin dan lain-lain lagi.
Beberapa kelab yang bertindak melantik ketua jurulatih ternama dari eropah turut menghangatkan lagi saingan liga ini seperti Steven Gerrard, Jorge Jesus, Matthias Jaissle dan beberapa individu lain lagi.
Jadual siaran langsung perlawanan dalam lima pusingan awal bagi Liga Pro Saudi yang dibawakan SPOTV adalah seperti berikut: