Pada 2 Ogos lalu, Konyaspor yang beraksi dalam saingan Liga Super Turki mengumumkan mendapatkan khidmat pemain tengah kelahiran Perancis, Morgan Schneiderlin.
Dimaklumkan, pemain yang pernah menyinar dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Southampton, Manchester United dan Everton menandatangani kontrak bersama kelab berjulukan Anatolian Eagle tersebut selama dua tahun.
HOŞ GELDİN MORGAN SCHNEIDERLIN! 🤝
Kulübümüz, Fransız milli futbolcu Morgan Schneiderlin ile 2 yıllık anlaşma imzaladı. Southampton, Manchester United ve Everton gibi İngiltere Premier Ligi takımlarında da forma giyen Schneiderlin’e Tümosan Konyaspor'umuzda başarılar dileriz. pic.twitter.com/OJ3v21xPoP
— TÜMOSAN Konyaspor (@konyaspor) August 1, 2023
Bagaimanapun, jodoh Schneiderlin bersama Konyaspor hanya bertahan selama lapan hari sahaja.
Difahamkan, ianya berikutan pemain berusia 33 tahun ini memaklumkan kepada pihak pengurusan untuk meninggalkan kelab atas alasan melibatkan hal keluarga.
Selepas melakukan rundingan dan penilaian, Konyaspor melayani permintaan Schneiderlin dengan positif dan menamatkan kontraknya dengan persetujuan bersama sekaligus bergelar ejen bebas pada saat ini.
KAMUOYUNA DUYURU
Geçtiğimiz günlerde transferini duyurduğumuz profesyonel futbolcu Morgan Schneiderlin, ailevi sebepler nedeniyle ayrılmak istediğini yönetimimize iletmiştir. Kulübümüz, yapılan istişareler ve değerlendirmeler sonucu Morgan Schneiderlin’in bu isteğine olumlu… pic.twitter.com/6DqQFxYX45
— TÜMOSAN Konyaspor (@konyaspor) August 10, 2023
Untuk makluman semua, sebelum menyertai Konyaspor, Schneiderlin beraksi bersama OGC Nice dalam saingan Ligue 1 bermula musim 2020 selepas meninggalkan Everton.
Schneiderlin menjadi antara tonggak utama pilihan Christophe Galtier yang mengemudi Nice muncul naib juara Coupe de France dan menghuni tangga kelima Ligue 1 pada musim 2021-22 – musim terbaik Nice selepas menghuni tangga ketiga liga pada musim 2016-17.
Bienvenu, Morgan Schneiderlin!
We have this morning confirmed the loan signing of Morgan Schneiderlin from @ogcnice until the end of the season: https://t.co/Pgp3jATjD3 #WSW pic.twitter.com/xab0ldZ8f2
— WS Wanderers FC (@wswanderersfc) January 27, 2023
Bagaimanapun, kelibat Schneiderlin tidak kelihatan pada separuh musim berikutnya sebelum dipinjamkan kepada kepada kelab berpangkalan di Australia, Western Sydney Wanderers sekitar Januari 2023.
Featured Image: Manchester United