Artikel

3 Pertemuan Akhir Menentang Jonatan Berpihak Kepada Zii Jia

Pemain negara yang berada ranking ke-13 dunia, Lee Zii Jia dilihat bakal memulakan kempen Kejohanan Dunia BWF 2023 dengan kesukaran apabila perlu berhadapan Jonatan Christie, pemain No.5 dunia dari Indonesia seawal Pusingan 64.

Namun begitu, rekod pertemuan terutamanya dalam tiga perlawanan terakhir melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa menyaksikan kemenangan berpihak kepada Zii Jia secara berturut-turut.

Tiga pertemuan itu berlangsung ketika saingan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2020, Kejohanan Badminton Asia 2022 dan Terbuka Denmark 2022.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, kedua-dua pemain berusia 25 tahun ini sudah bertemu sebanyak tujuh kali – dimana empat pertemuan awalnya berpihak kepada Jonatan sekitar tahun 2018 hingga 2019.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara yang menyertai kejohanan ini, Ng Tze Yong telah diundi menentang pemain China yang berada di rangking ke-25 dunia, Zhao Jun Peng.

Untuk rekod, Tze Yong dan Jun Peng belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dan ianya akan menjadi pertarungan sulung melibatkan pemain berusia 23 dan 27 tahun masing-masing ini.

Featured Image: VICTOR Facebook

komen