Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tampil mengumumkan 15 pemain yang disenarai pendek ke dalam program Road To Asian Games 2022 menjelang kira-kira 40 hari sebelum bermulanya temasya Sukan Asia 2022.
Pemain-pemain ini dipilih bagi menghadapi persiapan terakhir sebelum badan induk sepak takraw tersebut menyisihkan tiga lagi pemain sebelum membawa mereka ke temasya yang akan berlangsung di Hangzhou, China bermula 23 September kelak.
Nama-nama yang terpilih untuk menyertai program berkenaan adalah seperti berikut:
TEKONG:
- Mohammad Syahir Mohd Rosdi
- Muhammd Zarif Marican Ibrahim Marican
- Muhammad Haziq Hairul Nizam
- Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin
- Muhammad Hairul Hazizi Haidzir
APIT KANAN
- Muhammad Noraizat Mohd Nordin
- Muhammad Afifuddin Mohd Razali
- Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar
- Muhammad Shahalril Aiman Halim
- Mohamad Azlan Alias
APIT KIRI
- Amirul Zazwan Amir
- Mohd Muqlis Borhan
- Aidil Aiman Azwawi
- Muhammad Zaim Razali
- Farhan Adam
Menurut PSM, kesemua pemain yang disenaraikan ini akan menjalani latihan Fasa Terakhir dan menyertai kejohanan di Thailand selama tiga minggu bermula 17 Ogos hingga 4 September.
Untuk makluman semua, pada temasya Sukan Asia yang berlangsung di Indonesia pada 2018 lalu, regu lelaki Malaysia berhasil menamatkan penantian pingat emas selama 24 tahun apabila berhasil menamatkan regu tuan rumah menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 22-20 dan 21-11.
Sebelum itu, Malaysia pernah merangkul emas sebanyak dua kali dalam acara yang sama ketika beraksi di Sukan Asia 1990 di Beijing, China serta Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.