Artikel

Pahang Rangers Juara MPFL 2023 – Raih RM50,000

Trofi kejuaraan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 tetap menjadi milik Pahang Rangers biarpun mengalami kekalahan 2-3 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir timbal balik, semalam.

Ini berikutan kekalahan yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang tersebut tidak cukup buat JDT untuk mengatasi Pahang Rangers secara agregat dan terpaksa akur tumpas dengan keputusan 9-6.

Sebelum itu, Pahang Rangers berhasil membawa bekalan selesa apabila mencatatkan kemenangan 7-3 dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Tertutup SUKPA, pada 5 Ogos lalu.

Keputusan terbabit membolehkan Pahang Rangers bimbingan Gerard Casas dari Sepanyol menjulang trofi MPFL ini buat julung kalinya selepas sekadar meraih gelaran naib juara pada edisi 2019 dan 2022.

Pada masa yang sama, kejuaraan ini membolehkan skuad berpangkalan di pantai timur ini membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000.

Dengan berakhirnya saingan MPFL, kelab-kelab futsal tempatan akan mengalihkan tumpuan kepada saingan Piala Futsal Malaysia.

Featured Image: Pahang Rangers FC

komen