Raya Semusim Di Arsenal
August 16, 2023 Hafizuddin Omar

Penjaga gol kelahiran Barcelona, Sepanyol, David Raya menjadi milik Arsenal selama semusim. Perkembangan ini hadir selepas Arsenal mengumumkan meminjam pemain berusia 27 tahun daripada kelabnya, Brentford secara rasmi, semalam.

Difahamkan, Arsenal yang berjaya menjulang Perisai Komuniti setelah menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada awal Ogos lalu turut menyertakan pilihan mendapatkan khidmat Raya secara tetap dalam perjanjian pinjaman ini. 

Untuk makluman semua, Raya yang diberikan No.22 untuk disarungnya bersama Arsenal merupakan penjaga gol utama Brentford pada musim lepas. Dia diturunkan dalam semua perlawanan EPL serta satu perlawanan Piala EFL oleh pengurus skuad berjulukan The Bees, Brentford. 

Selain itu, Raya juga merupakan penjaga gol skuad kebangsaan Sepanyol. Bagaimanapun, pemain yang memulakan karier bola sepak bersama Blackburn Rovers ini hanya tampil sebanyak dua kali sahaja bersama La Roja setakat ini.

Sementara itu, dengan kemasukan Raya, Arsenal memberikan kepada pengurusnya, Mikel Arteta lebih pilihan di posisi penjaga gol selain “Pelan B” sekiranya penjaga gol utamanya, Aaron Ramsdale ditimpa kecederaan jangka masa panjang.

Featured Image: Arsenal

Komen