Daniel Gooi Zi Sen Dilantik Exco Belia, Sukan & Kesihatan Pulau Pinang
August 17, 2023 Hafizuddin Omar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, YB Daniel Gooi Zi Sen kini merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) bagi porfolio Belia, Sukan dan Kesihatan yang baharu bagi negeri Pulau Pinang.

Ahli politik muda yang berusia 36 tahun ini secara rasminya memegang menggalas tanggungjawab berkenaan selepas mengangkat sumpah terima jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Dewan Sri Pinang, semalam.

Untuk makluman, Daniel Gooi antara lapan muka baharu yang dipilih oleh Ketua Menteri, YAB Chow Kon Yeow menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan pada penggal ini.

Terdahulu, Daniel Gooi yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi kerusi Padang Lalang dengan mendapat 22,315 undi sekaligus mengalahkan calon Perikatan Nasional, Suresh Devaraj Naidu (2,867 undi) dan calon Penang Front Party, Ooi Khar Giap (218 undi).

Untuk pengetahuan semua, pada penggal yang lalu, Daniel Gooi merupakan ADUN Pengkalan Kota.

Sebagai tambahan, portfolio belia dan sukan pada penggal lalu dipegang oleh Soon Lip Chee. Bagaimanapun, ahli politik berusia 46 tahun berkenaan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Featured Image: Daniel Gooi Zi Sen Facebook

Komen