Pandelela Dianugerahkan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas)
August 17, 2023 Hafizuddin Omar

Jaguh terjun negara, Dato’ Pandelela Rinong Pamg ikon sukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bersempena dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka, atlet berusia 30 tahun dianugerahkan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) oleh kerajaan negeri.

Pingat tersebut disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Perkara ini turut dikongsikan oleh Pandelela menerusi platform media sosialnya, pada hari ini.

Pandelela berkata pemberian anugerah ini akan meneruskan semangat juangnya untuk berbakti sebagai anak Sarawak dan penerjun negara. 

Untuk makluman, Pandelela antara 43 individu yang menerima anugerah terbabit sementara 34 individu lagi menerima anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Perak). 

Sebagai tambahan, anugerah ini hadir kira-kira sebulan sebelum bermula temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. 

Pandelela yang juga merupakan Ikon Perpaduan Negara antara atlet yang disenaraikan dalam acara terjun 10 meter (m) platform dan 10m platform berirama.

Featured Image: Pandelela Rinong Facebook

Komen