Kelab bola sepak yang dimiliki oleh Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham iaitu Kelantan FC kini mempunyai Pengarah Teknikal yang baharu.
Menerusi makluman di pelbagai platform media sosial skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) tersebut, individu yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut ialah Ariff Hj. Hashim atau Coach Ariff.
Individu yang dilantik oleh Kelantan ini mempunyai lesen kejurulatihan AFC A selain berkelulusan Ijazah Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekaligus dilihat sebagai calon yang sesuai untuk merencana program latihan di Kelantan FC.
Untuk pengetahuan semua, Coach Ariff pernah memegang jawatan yang sama di Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) pada tahun 2021.
๐ pic.twitter.com/7z6fd89wAf
— Pulotutui ๐ด๐ฒ๐พ (@Pulotutui) August 16, 2023
Sebelum diumumkan secara rasminya perlantikan Coach Ariff, telah tular tangkap layar iklan yang disiarkan di JobStreet oleh Kelantan FC yang mencari individu berminat mengisi kekosongan jawatan pengarah teknikal dengan julat gaji dari RM2,500 hingga RM3,000.
Bagaimanapun, Zamsaham menerusi laporan Majoriti memaklumkan iklan tersebut adalah palsu dan fitnah yang ditabur oleh โhatersโ Kelantan FC bagi mencemarkan kelabnya.
Jelasnya lagi, Kelantan FC hanya menghebahkan kekosongan jawatan itu menerusi platform Facebook sahaja.
Sebagai tambahan, kedatangan Coach Ariff ini sekaligus menggantikan pengarah teknikal sebelum ini, Frank Bernhardt yang kemudiannya diberikan peranan sebagai ketua jurulatih.
Tidak lama kemudian, peranan Bernhardt selaku ketua jurulatih turut dihentikan dan digantikan dengan individu dari Argentina, Angel Alfredo Vera.