Kejohanan Dunia BWF: Jin Wei Jumpa Pemain No.1 Dunia Di Pusingan 32
August 21, 2023 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita No.1 tanah air, Goh Jin Wei tidak mempunyai masalah untuk melepasi ujian awal di Kejohanan Dunia BWF 2023 apabila memenangi perlawanan menentang pemain Hungary pada peringkat Pusingan 64, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei yang menentang Vivien Sandorhazi yang berada di ranking ke-65 dunia secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-15 dalam tempoh setengah jam permainan.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut membawanya bertemu lawan yang sukar iaitu pemain wanita No.1 dunia dari Korea, An Se Young pada Pusingan 32.

https://www.instagram.com/p/CvYuOp5ykqK/?hl=en

Untuk pengetahuan semua, Se Young mara secara automatik ke Pusingan 32 setelah mendapat “bye”.

Berdasarkan rekod, Jin Wei yang kini berada di ranking ke-35 dunia pernah menentang Se Yong sebanyak dua kali dengan kedua-duanya berakhir dengan kekalahan.

Untuk makluman, kedua-duanya pertemuan terbabit berlangsung pada tahun ini ketika di Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Malaysia pada April dan Januari lalu masing-masing.

Sebagai tambahan, Se Young yang berusia 21 tahun masih segar dengan kejayaan menjuarai dua kejohanan terakhir disertainya secara berturut-turut iaitu Terbuka Korea (Super 500) dan Terbuka Jepun (Super 750) pada pertengahan dan penghujung Julai lalu.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

Komen