Dua perseorangan lelaki negara berhasil bermula langkah kanan dalam Kejohanan Dunia BWF 2023 berlangsung di Copenhagen, Denmark bermula semalam.
Jaguh perseorangan tanah air, Lee Zii Jia memulakan langkah kanan tersebut apabila berjaya mengatasi pemain No.5 dunia dari Indonesia iaitu Jonatan Christie dengan bergaya pada Pusingan 64.
Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-15 dalam tempoh menghampiri 40 minit permainan.
TotalEnergies BWF World Championships 2023
MS – R64
21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅
13 15 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🕚 in 39 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 21, 2023
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Zii Jia mara ke Pusingan 32 dan akan membuat perhitungan dengan pemain Kanada yang menduduki ranking ke-27 dunia, Brian Yang untuk merebut tempat ke Pusingan 16.
Untuk pengetahuan semua, Brian Yang bukanlah lawan yang asing buat Zii Jia. Sebelum ini, kedua-duanya pernah berentap sebanyak tiga kali dan ketiga-tiganya memihak kepada Zii Jia.
Pada masa yang sama, kemenangan dilakar Zii Jia semalam menjadikan rekod pertemuan menentang Jonatan di pentas antarabangsa seimbang dengan empat kemenangan masing-masing.
TotalEnergies BWF World Championships 2023
MS – R64
21 26 🇲🇾NG Tze Yong🏅
19 24 🇨🇳ZHAO Jun Peng🕚 in 48 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 21, 2023
Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara iaitu Ng Tze Yong turut sama bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan pemain China, Zhao Jun Peng di Pusingan 64.
Sepertimana Zii Jia, pemain berusia 23 tahun ini turut melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 26-24 namun mengambil masa sedikit panjang iaitu menghampiri 50 minit permainan.
Hasil daripada kemenangan tersebut, ianya membawa Tze Yong ke Pusingan 32 bertemu lawan yang agak mencabar iaitu perseorangan No.2 Denmark, Anders Antonsen.
Untuk makluman, ini bakal menjadi pertembungan sulung melibatkan Tze Yong dan Antonsen di pentas antarabangsa.