Dunia sepak takraw antarabangsa menerima perkhabaran duka susulan Charouck Arirachakaran meninggal dunia pada usia 91 tahun, semalam.
Makluman mengenai kematian mendiang yang merupakan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dimaklumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Abdul Halim Kader menerusi satu siaran media pada malam tadi.
Untuk pengetahuan semua, Charouck menerajui ISTAF sejak penubuhannya pada Mac 1992.
Selain itu, Charouck juga merupakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) sejak 1985 serta Presiden Sepak Takraw Thailand (TAT) bermula 1987.
Antara lain, mendiang turut berperanan sebagai Presiden Kehormat Majlis Olimpik Thailand, Ahli Kehormat Persekutuan Sukan SEA dan Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.
Featured Image: OCA