Beregu campuran No.3 tanah air, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mencatatkan kemenangan pada Pusingan 64 sekaligus memulakan kempen Kejohanan Dunia BWF 2023 langkah kanan.
Bukan sahaja mencatatkan kemenangan bahkan lawannya yang merupakan pasangan ke-84 dunia dari Maldives, Hussein Shaheed dan Fathimath Nabaaha Abdul Razzaq ditumpaskan Kian Meng-Pei Jing dengan secara mudah.
Dalam pertarungan tersebut, Kian Meng-Pei Jin meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-4 dan 21-6 dalam tempoh 21 minit permainan.
TotalEnergies BWF World Championships 2023
XD – R64
🇲🇾TAN Kian Meng🏅
21 21 🇲🇾LAI Pei Jing🏅
🇲🇻Hussein SHAHEED
4 6 🇲🇻Fathimath Nabaaha ABDUL RAZZAQ🕚 in 21 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 22, 2023
Kemenangan itu sekaligus membawa mereka bertemu beregu campuran No.2 Thailand, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran merangkap pilihan ke-12 kejohanan di Pusingan 32.
Berdasarkan rekod, kedua-duanya pernah bertemu sebanyak lima kali. Bagaimanapun, kemenangan lebih berpihak kepada Supak-Supissara iaitu sebanyak tiga kali berbanding dua terhadap Kian Meng-Pei Jing.
Untuk makluman, pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung sekitar tiga bulan lalu dalam saingan Malaysia Masters di Axiata Arena.
Pertembungan itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Supak-Supissara secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 22-20 dalam tempoh masa 44 minit permainan.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023