Kelab yang diwakili pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo serta beberapa pemain bintang lain seperti Sadio Mane, Marcelo Brozovic dan Alex Telles berjaya melayakkan diri ke saingan elit bola sepak benua asia, Liga Juara-Juara AFC bagi musim 2023-24.
Mereka yang mewakili Al Nassr berpangkalan di Arab Saudi berhasil melayakkan diri setelah menumpaskan Shabab Al Ahli dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan play-off, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak datang dengan mudah buat Al Nassr. Biarpun mendahului seawal minit 11 menerusi tandukan oleh Talisca, Shabab Al Ahli berhasil menyamakan kedudukan menerusi Yahya Al-Ghassani pada minit 18 sebelum menutup aksi separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1.
Bermula separuh masa kedua, Yahya sekali lagi menggandakan jaringan buat dirinya dan meletakkan Shabab Al Ahli mendahului 2-1.
Let’s enjoy our Nassr, shall we? 😎
(Thread) pic.twitter.com/7K9LovWvxK
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) August 22, 2023
Kedudukan itu berkekalan selama 42 minit sebelum Al Nassr berhasil menyamakan kedudukan 2-2 melalui tandukan Sultan Al-Ghannam pada minit 88.
Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, Talisca menambah satu lagi jaringan juga menerusi tandukan pada minit 90+5 sekaligus menjadikan kedudukan 3-2.
Akan tetapi, Al Nassr tidak berhenti setakat itu. Brozovic menambahkan kedukaan buat Shabab Al Ahli apabila menjaringkan satu gol lagi buat Al Nassr pada minit 90+7 setelah mendapat hantaran daripada Ronaldo sebelum perlawanan ditamatkan dengan keputusan 4-2.
Untuk makluman semua, penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengadakan majlis undian untuk menentukan kumpulan yang akan dihuni oleh 40 buah kelab terbaik di asia termasuk juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Bukit Jalil, pada hari esok.
✨ 𝗤𝗨𝗔𝗟𝗜𝗙𝗜𝗘𝗗 ✨
©️ Captain Ronaldo leads 🇸🇦 Al Nassr into the #ACL Group Stage! pic.twitter.com/GvoI2tl4Gp
— #ACL (@TheAFCCL) August 22, 2023
Featured Image: Al Nassr