Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, YB Mohd Najwan Halimi secara rasminya memegang jawatan selaku Exco Belia, Sukan dan Kesusahawanan yang baharu bagi negeri Selangor.
Perkembangan itu hadir selepas Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan porfolio bagi 11 individu yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuk dirinya untuk lima tahun akan datang, pada hari ini.
Selaku Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Najwan yang berusia 38 tahun dipertanggungjawabkan untuk memegang tiga porfolio iaitu Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif serta Pengurusan Bencana.
Memulakan tugas rasmi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor hari ini dengan menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Bersama-Sama YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 di Bangunan Sultan… pic.twitter.com/bztgTvP4Vs
— Najwan Halimi (@NajwanHalimi) August 22, 2023
Untuk pengetahuan semua, Najwan merupakan salah seorang daripada tujuh Exco baharu ditampilkan Amirudin untuk menganggotai MMKN bagi penggal ini disamping mengekalkan tiga muka lama daripada penggal lalu.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Najwan yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berhasil mempertahakan kerusi Kota Anggerik dengan majoriti 10,834 undi.
Beliau mendapat 38,470 undi sekaligus mengalahkan calon Perikatan Nasional, Sukri Omar dan calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Azad Akbar yang meraih 27,636 dan 2,631 undi masing-masing.
Sebagai tambahan, mantan ADUN Paya Jaras iaitu Mohd Khairuddin Othman merupakan Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan bagi negeri Selangor pada penggal lalu.
Featured Image: Facebook Najwan Halimi