Artikel

Mustapha Nagoor Exco Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor secara rasminya memegang jawatan selaku Exco Pembangunan Belia dan Sukan yang baharu bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.

Perkembangan ini hadir selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan senarai portfolio-portfolio bagi setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) semalam.

Terdahulu, Mustapha atau dikenali sebagai Pak Mus mengangkat sumpah memegang jawatan Exco di hadapan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

Pada PRN yang lalu, Mustapha yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Palong apabila majoriti sebanyak 564 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Noor Azuan dalam pertandingan dua penjuru.

Untuk makluman, Mustapha yang berusia 56 tahun mempunyai kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tasmania.

Pada penggal lalu, Exco Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan digalas oleh mantan ADUN Paroi, Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani.

Featured Image: Facebook Mustapha  Nagoor

komen