Pemain berusia 22 tahun, Kunlavut Vitidsarn mencipta sejarah dengan menjadi perseorangan lelaki Thailand pertama menjuarai Kejohanan Dunia BWF.
Kunlavut yang menghuni ranking ketiga dunia pada masa ini mencipta sejarah dan meraih gelaran berkenaan selepas berjaya menundukkan Kodai Naraoka dari Jepun pada perlawanan akhir yang berlangsung sekitar tengah malam tadi, waktu Malaysia.
Bagaimanapun, gelaran tersebut tidak datang bergolek dengan mudah. Pertarungan yang berlangsung hampir dua jam itu menyaksikan Kunlavut terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 19-21.
Can Kunlavut Vitidsarn 🇹🇭 create history by becoming Thailand’s first men’s singles world champion?#BWFWorldChampionships #Copenhagen2023 pic.twitter.com/mVQjF2CdQQ
— BWF (@bwfmedia) August 27, 2023
Pada set seterusnya, Kunlavut berhasil bangkit dan memenanginya dengan skor 21-18 sekaligus mengheret Naraoka ke set penentuan yang akhirnya turut dimenangi Kunlavut menerusi skor 21-7.
Untuk makluman semua, Kunlavut merupakan finalis Kejohanan Dunia BWF 2022.
Pada edisi tersebut, Kunlavut terlepas peluang untuk bergelar juara setelah tumpas kepada pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam perlawanan akhir yang berkesudahan secara “straight set” dengan skor 5-21 dan 16-21.
Sebagai tambahan, ketika zaman remajanya, Kunlavut pernah mencuri tumpuan arena badminton antarabangsa apabila meraih kejuaraan Kejohanan Remaja Dunia BWF sebanyak tiga kali berturut-turut bermula edisi 2017 hingga 2019.
Featured Image: Toyota Gazoo Racing Thailand Open 2023