Cristiano Ronaldo Jaring Gol Ke-850 Dalam Karier
September 4, 2023 β€’ Hafizuddin Omar

Penyerang veteran Portugal, Cristiano Ronaldo kini telah menjaringkan 850 gol sepanjang kariernnya setakat ini.

Pemain berusia 38 tahun menempa rekod tersebut setelah menyumbangkan satu gol ketika mewakili kelabnya, Al Nassr menentang Al Hazem dalam aksi kelima Liga Pro Saudi, semalam.

Jaringan menerusi rembatan kaki kanan Ronaldo dari dalam kotak penalti tersebut hadir pada separuh masa kedua atau lebih spesifiknya pada minit 68’.

Perlawanan itu juga menyaksikan nama bekas penyerang Liverpool dan Bayern Munich iaitu Sadio Mane turut tersemat dalam senarai penjaring.

Al Nassr berjaya menamatkan perlawanan yang berlangsung di King Abdullah Sport City Stadium terbabit dengan kemenangan besar 5-1.Β 

Untuk makluman, ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut dilakar oleh Al Nassr bimbingan Luis Castro selepas memulukan dua perlawanan awal Liga Pro Saudi dengan kekalahan.

Sebagai perbandingan, seteru utama kepada Cristiano Ronaldo yang kini beraksi bersama Inter Miami di Amerika Syarikat kini mempunyai 818 gol dalam kariernya.

Featured Image: Al Nassr FC

Komen