Artikel

Terbuka China: Tze Yong Singkir Juara Malaysia Masters

Perseorangan badminton lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong langkah kanan dalam saingan Terbuka China – Jelajah Dunia BWF Super 1000 – yang membuka tirainya pada hari ini.

Lebih manis, Tze Yong melakar langkah tersebut dengan menumpaskan juara Malaysia Masters 2023 dari India iaitu Prannoy Haseena Sunil Kumar pada Pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong meraih kemenangan menerusi tiga set permainan dengan skor 21-12, 13-21 dan 21-18 dalam tempoh satu jam dan enam minit. 

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan julung kalinya Tze Yong turun berhadapan Prannoy yang kini berada di ranking keenam dunia di pentas antarabangsa.

Dengan kemenangan ini, Tze Yong dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 Terbuka China.

Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain Indonesia yang menghuni ranking ke-45 dunia, Shesar Hiren Rhustavito.

Untuk makluman, Shesar mara ke peringkat yang sama selepas turut menumpaskan pemain India iaitu Priyanshu Rajawat secara “straight set” dengab skor 21-13 dan 26-24 dalam tempoh 41 minit permainan.

Sebagai rekod, Tze Yong pernah bertemu Shesar sebanyak satu kali sebelum ini di Kejohanan Terbuka Seluruh England 2023.

Tze Yong berhasil memenangi pertarungan itu dengan bergaya secara “straight set” dengan pungutan mata 21-9 dan 21-12 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.

komen