Terbuka China: Beregu Campuran No.1 Negara Langkah Kanan, Jumpa Kim-Jeong Di Pusingan 16
September 6, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei tidak mempunyai masalah untuk bermula dengan langkah kanan di saingan Terbuka China – Jelajah Dunia BWF Super 1000.

Tang Jie-Ee Ee Wei dengan mudahnya melakar kemenangan bertemu pasangan India yang menghuni ranking ke-32 dunia, Rohan Kapoor dan Sikki Reddy pada Pusingan 32.

Beregu negara yang kini menghuni ranking kesebelas dunia melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-16 dalam tempoh 39 minit permainan.

Kemenangan itu sekaligus membawa Tang Jie-Ee Wei ke Pusingan 16 bertemu beregu Korea yang menduduki ranking keenam dunia, Kim Won Ho dan Jeong Na Eun untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Won Ho-Na Eun bukanlah lawan yang asing buat Tang Jie-Ee Wei. Berdasarkan rekod, sudah dua pertemuan telah direkodkan melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa.

Rekod kemenangan pula seimbang dengan satu setiap pasangan meraih satu kemenangan masing-masing.

Pertembungan pertama berlangsung di kejohanan Terbuka Jerman pada Mac lalu menyaksikan Won Ho-Na Eun meraih kemenangan secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-14.

Manakala pertembungan kedua pula berlangsung di Kejohanan Badminton Asia pada April yang memperlihatkan Tang Jie-Ee Wei pula membalas dendam dan melakar kemenangan juga secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-13.

Featured Image: Thailand Open

Komen