Pemain badminton perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia terpaksa akur tidak dapat mara jauh dalam saingan Terbuka China – Jelajah Dunia BWF Super 1000 – yang berlangsung pada minggu ini.
Ini selepas pemain kelahiran Alor Setar, Kedah yang berusia 25 tahun tumpas di tangan pemain handalan Jepun, Kodai Naraoka di Pusingan 32, sebentar tadi.
Pertarungan tersebut berlangsung sengit berlanjutan selama satu jam dan 15 minit sebelum ianya dimenangi Kodai menerusi tiga set permainan berskor 26-24, 12-21 dan 21-11.
RESULTS: #ChinaOpen2023
R32#JPN🇯🇵 Kodai Naraoka(4) def. #MAS🇲🇾 Lee Zii Jia 26-24 12-21 21-11
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ttSy7g7jQc— BAM (@BA_Malaysia) September 6, 2023
Keputusan ini menjadikan Zii Jia telah tumpas sebanyak dua kali di tangan Kodai daripada tiga pertemuan di kejohanan antarabangsa.
Untuk pengetahuan semua, kekalahan Zii Jia kali ini merupakan ulangan skrip terhadap apa yang terjadi di kejohanan Terbuka Malaysia pada Januari lalu.
Di kejohanan yang juga bertaraf Super 1000 itu, Zii Jia turut tumpas tangan Kodai pada Pusingan 32 menerusi tiga set permainan dengan pungutan mata 13-21, 21-17 dan 21-19.
Perlawanan itu juga mengambil masa yang panjang melebihi satu jam iaitu selama satu jam dan 13 minit.
Manakala kemenangan Zii Jia ke Kodai pula dilakar ketika beraksi pada peringkat suku akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England pada Mac lalu.
Pertarungan itu dimenangi Zii Jia menerusi skor 21-9, 10-21 dan 21-13 dalam masa satu jam dan tujuh minit.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023