Pelumba Basikal Trek, Atlet Skuasy Pembawa Jalur Gemilang Di Sukan Asia
September 7, 2023 Hafizuddin Omar

Muhammad Shah Firdaus dan Sivasangari Subramaniam yang merupakan pelumba basikal trek dan atlet skuasy negara telah dipilih sebagai sebagai pembawa Jalur Gemilang bagi Kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Asia 2022 yang akan bermula 22 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China kelak.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria tampil mengumumkan perkara berkenaan dalam Majlis Penyerahan Watikah Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Ke-19 di AC Hotel by Marriot Kuala Lumpur, semalam.

Mengikut kemaskini terbaru, seramai 289 atlet dan 145 pegawai menganggotai Kontinjen Malaysia di Sukan Asia kali ini dengan menyertai dalam 22 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan.

Antaranya akuatik (terjun dan renang), memanah, olahraga, badminton, bola keranjang 3×3, tinju, Kriket, basikal (trek dan jalan raya), perahu naga, ekuestrian, gimnastik (artistik dan berirama), hoki, kabbadi, ju-jitsu, karate, e-sukan, go, xiangqi, ragbi, pelayaran, sepak takraw, menembak, skuasy, taekwando dan wushu. 

Untuk makluman, Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia akan diketuai oleh Timbalan Presiden MOM, Mahaguru Dato’ Chong Kim Fatt selaku Chef De Mission (CDM).

Dalam majlis itu, Norza turut mengumumkan Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli serta bekas atlet gimnastik, Prof. Madya Dr. Farrah Hani Imran selaku Timbalan Ketua Kontinjen.

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen