CEO Sri Pahang, Pengurus Besar Penang Sertai Lembaga Pengarah MFL 2021-2025
September 8, 2023 Hafizuddin Omar

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohamed Suffian Awang dan Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew Gim Eam menjadi dua individu baharu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Malaysian Football League (MFL).

Perlantikan kedua-dua individu terbabit hadir menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-7 yang dihadiri oleh wakil semua kelab Liga Malaysia 2023, semalam.

Menyentuh mengenai sedikit latar belakang kedua-dua Ahli Lembaga Pengara MFL baharu ini, sebelum ini, Suffian menjawat jawatan pengurus pasukan Pahang pada tahun 2018 sebelum dilantik sebagai CEO pada musim 2020. Sementara itu, Jeffrey pula antara individu penting memacu perjalanan Penang FC sejak musim 2020 sebagai pengurus besar.

Untuk makluman semua, perlantikan Suffian dan Jeffrey itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas Pengarah Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan bekas CEO UiTM FC, Mustaza Ahmad sebagai Wakil Pasukan.

Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan amat mengalu-alukan kedatangan dua Ahli Lembaga Pengarah MFL yang telah dipilih dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga. Beliau optimis kehadiran dua individu berpengalaman dalam kancah bola sepak tanah air ini akan membawa ‘suara’ kelab-kelab Liga Malaysia dalam pengurusan tertinggi MFL.

Sementara itu, ahli-ahli yang lain adalah kekal dan senarai penuh barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL adalah seperti berikut:

Presiden: Dato’ Ab Ghani Hassan

Wakil FAM: Senator Datuk Hisamudin Yahaya

Wakil FAM: Mohd Joehari Mohd Ayub

Wakil FAM: Christopher Raj

Wakil Kelab: Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidi (Johor Darul Ta’zim)

Wakil Kelab: Dato’ Mohamed Suffian Awang (Sri Pahang FC)

Wakil Kelab: Jeffrey Chew Gim Eam (Penang FC)

Wakil Bebas: Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar

Wakil Bebas: Datuk Marzuki Sulong

Featured Image: Malaysian Football League

Komen