Beregu lelaki Korea, Seo Seung-jae dan Kang Min-hyuk yang merupakan juara Kejohanan Dunia BWF 2023 tersingkir daripada saingan Terbuka China.
Ini gara-gara terpaksa akur tumpas dan mengakui kehebatan beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik,
Kedua-dua pasangan ini bertembung di peringkat separuh akhir sebentar tadi dan Aaron-Wooi Yik yang kini berada di ranking keenam dunia berjaya mengalahkan mereka dengan bergaya secara “straight set” 21-18 dan 21-17 dalam tempoh 41 minit permainan.
VICTOR China Open 2023
MD – SF
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇰🇷KANG Min Hyuk
18 17 🇰🇷SEO Seung Jae🕚 in 41 minutes
— BWFScore (@BWFScore) September 9, 2023
Pada masa yang sama, kemenangan pada hari ini boleh dikatakan menjadi episod “balas dendam” terhadap Seo-Kang selepas Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tumpas pada peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia BWF sekitar dua minggu lalu.
Dalam pertarungan terbabit, Aaron Wooi-Yik yang merupakan juara Kejohanan Dunia BWF 2022 tumpas di tangan pasangan No.4 dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-23 dan 13-21 dalam tempoh 42 minit.
RESULTS: #BWFWorldChampionships2023
SF#KOR🇰🇷 Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk(9) def. #MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(4) 23-21 21-13
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/vIsbX4Qozt— BAM (@BA_Malaysia) August 26, 2023
Sementara itu, kemenangan tersebut membolehkan Aaron-Wooi Yik menempah tiket kemaraan ke perlawanan akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 pada hari esok.
Menanti mereka dalam perlawanan tersebut adalah beregu tuan rumah yang kini berada di posisi No.3 dunia, Liang Wei Keng dan Wang Chang untuk merebut 12,000 pungutan mata serta hadiah wang tunai bernilai sekitar RM692,122.00 (AS$148,000).
Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan ke perlawanan akhir yang ketiga buat Aaron-Wooi Yik pada tahun ini.
Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik telah mara ke peringkat yang sama dalam dua kejohanan Jelajah Dunia BWF iaitu saingan Terbuka India (Super 750) dan Terbuka Indonesia (Super 1000) yang berlangsung pada Januari dan Jun lalu masing-masing.
Bagaimanapun, aksi Aaron-Wooi Yik dalam kedua-dua kejohanan terbabit berakhir dengan kekalahan sekaligus terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara dan terus menantikan gelaran kejuaraan sulung bagi saingan Jelajah Dunia BWF.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023