Pelakon kelahiran Malaysia yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy atau Oscar edisi ke-95, Tan Sri Michelle Yeoh kini dicadangkan sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk pemilihan bagi sesi ke-141.
Nama seniwati yang memenangi trofi tersebut menerusi lokanan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once disenaraikan bersama-sama tujuh lagi individu terdiri daripada empat lelaki dan wanita masing-masing.
Antaranya pemenang pingat Sukan Olimpik pertama Israel, Yael Arad; ahli perniagaan dan pentadbir sukan Hungary, Balasz Furjes; pemenang pingat Sukan Olimpik dan ahli politik Peru, Cecilia Roxana Tait Villacorta dan usahawan sukan Jerman, Michael Mronz.
The IOC EB proposes 8 new IOC Members (4 women/4 men) for election to the 141st IOC Session:
Yael Arad @YaelArad1
Balázs Fürjes @BalazsFurjes
Cecilia Roxana Tait Villacorta @CeciliaTaitV
Michelle Yeoh
Michael Mronz @MMronz
Petra Sörling @PingisPetra
Jae Youl Kim
Mehrez Boussayene— IOC MEDIA (@iocmedia) September 8, 2023
Manakala tiga individu lagi merupakan Petra Soerling dari Sweden merangkap Presiden Persekutuan Ping Pong Antarabangsa, Jae Youl Kim dari Republik Korea yang merupakan Presiden Kesatuan Luncur-Luncur Antarabangsa dan Mehrez Boussayene yang berjawatan Presiden Jawatankuasa Olimpik Tunisia.
Menurut Presiden IOC, Thomas Bach berkata calon-calon ini akan memberi nilai tambah terhadap kerja IOC kerana pengalaman dan kepakaran yang pelbagai dalam perjalanan kehidupan masing-masing.
Untuk makluman semua, nama-nama ini akan disahkan dalam sesi pemilihan yang akan berlangsung di Mumbai, India bermula 15 hingga 17 Oktober 2023 kelak.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!