Perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong tidak mempunyai masalah untuk mengulangi kemenangan ke atas pemain Jepun, Kanta Tsuneyama di Terbuka Hong Kong sepertimana dilakukannya dalam saingan Terbuka Australia 2023.
Dalam pertarungan di Pusingan 16 yang berlangsung sebentar tadi, Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-20 dunia berhasil menumpaskannya dengan bergaya secara “straight set” 21-12 dan 21-11 dalam tempoh masa 41 minit.
Sebagai perbandingan, ketika pertemuan julung kali antara kedua-dua pemain ini Terbuka Australia lalu pada awal bulan lalu, Tze Yong turut meraih kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-8 dalam tempoh masa 39 minit.
Kemenangan itu sekaligus membawa pemain berusia 23 tahun ini ke peringkat suku akhir bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 500.
Sementara itu, Tze Yong akan bertemu samada pemain Denmark, Magnus Johannesen atau pemain Chinese Taipei, Wang Tzu Wei di peringkat tersebut bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali keempat Tze Yong menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir bagi kejohanan bertaraf Super 500 pada tahun ini selepas Terbuka Australia, Terbuka Korea dan Terbuka Thailand selain Terbuka Hong Kong.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters