‘Tiket Rahmah’ Berharga RM49.90 Untuk GP Malaysia 2023
September 14, 2023 Hafizuddin Omar

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tampil memperkenalkan ‘tiket rahmah’ buat peminat sukan permotoran tanah air yang berminat untuk turun menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia 2023.

Tiket bagi perlumbaan yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 12 November tersebut dijual pada harga RM49.90. Pembeli tiket ini akan menduduki seksyen K2 Hillside.

Ianya telah dijual bermula secara dalam talian, www.sepangcircuit.com dan juga di kaunter tiket bermula semalam.

Turut dimaklumkan, pemegang ‘tiket rahmah’ ini akan mempunyai akses untuk mendapatkan makanan dan minuman dengan ‘harga rahmah’.

Kementerian Belia Belia dan Sukan yang dipimpin oleh YB Hannah Yeoh menerajui inisiatif ini untuk menjadikan sukan permotoran terbuka luas kepada semua rakyat Malaysia.

Sebagai tambahan, perlumbaan kali ini turut diserikan dengan kehadiran pelumba muda berbakat tanah air iaitu Syarifuddin Azman atau terkenal dengan panggilan Damok yang mewakili MT Helmets-MSi Team berentap dalam kelas Moto3.

Featured Image: Sepang Circuit

Komen