Artikel

Terbuka Hong Kong: Pemenang Olimpik Sekat Sze Fei-Izzuddin Ke Separuh Akhir

Perjalanan beregu lelaki No.4 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di kejohanan Terbuka Hong Kong tamat setakat peringkat suku akhir.

Ini gara-gara Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur tumpas di tangan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin di peringkat suku akhir sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Sze Fei-Izzuddin yang kini berada di ranking ke-41 dunia tumpas secara “straight set” menerusi skor 19-21 dan 18-21 dalam tempoh 45 minit.

Sebagai rekod, situasi ini menjadikan Sze Fei-Izzuddin telah tumpas sebanyak dua kali daripada tiga pertemuan menentang Lee-Wang di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, tumpasnya Sze Fei-Izzuddin juga menjadikan tiada lagi wakil beregu lelaki negara bermula peringkat separuh akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini.

Sementara itu, Lee-Wang yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu beregu Indonesia yang menduduki ranking ke-11 dunia, Leo Carnando dan Daniel Marthin untuk merebut tempat ke perlawanan akhir pada Ahad nanti.

Featured Image: Swiss Open

komen