Artikel

Lai Pei Jing Dinobat Olahragawati Pahang 2021/2022

Pemain badminton beregu campuran negara, Lai Pei Jing dinobatkan sebagai Olahragawati Pahang 2021/2022 dalam Majlis Anugerah Sukan Pahang yang berlangsung di Kuantan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan bercemar duli menyampaikan anugerah itu kepada pemain berusia 31 tahun tersebut.

Hasil daripada merangkul anugerah ini, Pei Jing yang seringkali bergandingan bersama Tan Kian Meng membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai bernilai RM5,000 serta sijil penghargaan.

Difahamkan, Pei Jing yang merupakan kelahiran Kuantan dinobatkan sebagai Olahragawati Pahang susulan kejayaannya merangkul pingat emas dan gangsa di Sukan Komanwel serta menjuarai kejohanan Terbuka Korea pada tahun lalu.

Sementara itu, atlet angkat berat kebangsaan, Mohamad Nasir Roslan yang berusia 25 tahun pula dinobatkan sebagai Olahragawan Pahang 2021/2022 pada majlis yang sama berdasarkan pencapaiannya memenangi pingat emas di Kejohanan Angkat Berat kelayakan Komanwel.

Featured Image: Facebook Fadzli Kamal

komen