Skuad bola sepak wanita kebangsaan nampaknya tidak perlu mengemas bagasi masing-masing dan terus kekal berada di Taif, Arab Saudi. Ini susulan skuad berjulukan Malayan Tigress berhasil melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Women’s International Friendly.
Kejayaan itu hadir setelah Arab Saudi merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Pakistan dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan A pada awal pagi tadi. Hasil daripada keputusan itu, skuad tuan rumah berjaya muncul juara kumpulan dengan hasil mengumpul empat mata.
Carta Kedudukan Akhir Kumpulan A, Kejohanan Women’s International Friendly
* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Ahad, 24 September 2023
▶️ Malaysia layak ke separuh akhir dan akan bertemu juara Kumpulan B, Lebanon pada Rabu, 27 September 2023#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/cL6ZJniy7r
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 25, 2023
Pada masa yang sama, keputusan itu sekaligus menjadikan skuad bimbingan Soleen Al-Zoubi muncul naib juara kumpulan dengan pungutan dua mata. Manakala Pakistan terpaksa akur sebagai pasukan tercorot selepas sekadar mengutip satu mata.
Di peringkat separuh akhir, Malayan Tigress akan dipertemukan dengan juara Kumpulan B yang menghuni ranking ke-137 dunia iaitu Lubnan. Pertembungan untuk merebut tempat ke perlawanan akhir ini dijadualkan berlangsung pada 27 September (Rabu) nanti.
Skuad Malayan Tigress kendalian Soleen Al-Zoubi giat meneruskan sesi latihan di King Fadh Sports City, petang tadi. #FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/x4KmkCFxeO
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 24, 2023
Featured Image: Football Association of Malaysia