Pelari wanita kelahiran Ethiopia, Tigst Assefa muncul pemegang rekod dunia baharu dalam acara maraton selepas menamatkan acara Maraton Berlin dengan catatan masa 2:11:53, semalam.
Masa yang dicatatkan oleh pelumba berusia 26 tahun itu lebih cepat sekitar dua minit berbanding rekod dunia terdahulu, 2:14:04 yang dicipta oleh pelari Kenya, Brigid Kosgei pada acara Maraton Chicago 2019.
Congratulations to Ethiopia’s Tigst Assefa who achieved a spectacular new running record for fastest marathon (female) today at @berlinmarathon, with a time of 02:11:53 ⏱️
📷 Sebastian Wells
📷 SCC EVENTS/Jean-Marc Wiesner pic.twitter.com/LsdEYINMrm— #GWR2024 OUT NOW (@GWR) September 24, 2023
Pada masa yang sama, rekod ini bukan sahaja telah diiktiraf oleh badan induk olahraga dunia, World Athletics malahan catatan masanya turut sama telah diratifikasi oleh Guinness World Record, pada malam tadi.
Bukan itu sahaja, Tigst turut melintasi garisan penamat Maraton Berlin semalam selaku juara bagi kategori wanita sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi lalu.
Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik pelumba Kenya, Sheila Chepkirui (2:17:49) dan pelumba Tanzania, Magdelana Shauri (2:18:41) masing-masing.
View this post on Instagram
Featured Image: World Athletics