Skuad Malaysia berhasil mengekalkan rentetan kemenangan dalam Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2023 yang sedang berlangsun di Spokane, Amerika Syarikat (AS).
Skuad remaja negara melakar kemenangan tersebut ketika bertemu Austria dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan C, pagi tadi (waktu Malaysia).
Perlawanan bermula dengan gandingan beregu campuran selaku taruhan pada pertarungan pertama, Low Han Chen dan Chong Jie Yu meraih kemenangan ke atas Jakob Rinner dan Sarah Dlapka secara “straight set” menerusi skor 21-12 dan 21-17 untuk mendahului dengan kedudukan 1-0.
Selepas itu, perseorangan lelaki, Muhammad Faiq Masawi turun pada pertarungan kedua turut sama meraih kemenangan secara “straight set” 21-15 dan 21-9 ke atas Pascal Cheng sekaligus menjadikan Malaysia mendahului 2-0.
RESULTS: #SuhandinataCup2023
Mixed Team | Group C
🇲🇾 3-0 🇦🇹
Siti Zulaikha Azmi def. Anja Rumpold 21-13 21-7#BWJC2023 #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/C6q265x67D
— BAM (@BA_Malaysia) September 25, 2023
Seterusnya, Malaysia menurunkan perseorangan wanita, Siti Zulaikha pada pertarungan ketiga untuk berhadapan dengan Anja Rumpold. Ianya turut sama dimenangi dengan bergaya secara “straight set” 21-13 dan 21-17 sekaligus mengesahkan skor 3-0 dan mengesahkan kemenangan Malaysia.
Bagaimanapun, memandangkan ianya perlawanan di peringkat kumpulan, baki dua perlawanan lagi tetap diteruskan.
Beregu lelaki, Kang Khai Xing dan Aaron Tai yang turun pada pertarungan keempat pula berjaya menundukkan Ilija Nicolussi dan Jakob Rinner juga secara “straight set” 21-6 dan 21-10.
Akhir sekali, beregu wanita, Ong Xin Yee dan Carmen Ting yang turun selaku taruhan terakhir menutup perlawanan ini dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Austria apabila turut sama menumpaskan Lena Krug dan Chiara Rudolf dengan pungutan mata 21-5 dan 21-9.
RESULTS: #SuhandinataCup2023
Mixed Team | Group C
🇲🇾 5-0 🇦🇹
Ong Xin Yee-Carmen Ting def. Chiara Rudolf-Lena Krug 21-5 21-9#BWJC2023 #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TgjJhyo3gQ
— BAM (@BA_Malaysia) September 26, 2023
Terdahulu, Malaysia memulakan kempen ini dengan merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Poland dalam pertarungan yang berlangsung sekitar tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Hasil melakar dua kemenangan ini, Malaysia kini mengungguli Kumpulan C dengan kutipan dua mata.
Bagi perlawanan seterusnya, Malaysia dijadualkan menentang Latvia pada jam 11.30 malam nanti sebelum bertemu England untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada hari Rabu, jam 11.30 malam.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia