Presiden Tigres FC, Edgar Paez menemui ajal apabila ditembak selepas pasukannya tewas dalam aksi liga Primera B di halaman sendiri, Stadium Metropolitano de Techo, Bogota pada Ahad lalu.
Dalam pertembungan itu, Tigres FC mengalami kekalahan 3-2 di tangan Atletico FC sekaligus kekal di tangga kedua tercorot liga.
Portal ESPN memaklumkan kematian individu berusia 63 tahun itu dimaklumkan sendiri oleh kelabnya menerusi satu kenyataan media.
๐๐ข๐จ๐ฌ ๐ง๐จ๐ฌ ๐๐ข๐จ ๐ฆ๐๐ฆ๐จ๐ซ๐ข๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ ๐ง๐ฎ๐ง๐๐ ๐จ๐ฅ๐ฏ๐ข๐๐๐ซ ๐ ๐ช๐ฎ๐ข๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฆ๐จ๐ฌ ๐๏ธ
ยก๐๐๐ ๐๐ผ๐ธ๐๐๐ ๐ธ ๐ ๐๐ด๐ ๐ด ๐๐ผ๐ธ๐๐๐ ๐ธ ๐ธ๐ ๐๐๐ธ๐๐๐ ๐๐ ๐ถ๐๐ ๐ด๐๐๐๐ธ๐!
๐ญ๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ญ๐ฬ๐๐๐๐ ๐ช๐๐๐ ๐บ.๐จ. pic.twitter.com/YyA6Ub8Att
โ Tigres Fรบtbol Club (@TigresCol) September 25, 2023
Ketika kejadian, Edgar dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta bersama anak perempuannya sebelum ditembak dua lelaki menunggang motosikal berhampiran stadium, lapor media tempatan.
Bagaimanapun, anak perempuannya berjaya melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dilaporkan, pihak berkuasa Colombia sedang menjalankan siasatan berkenaan kes pembunuhan terbabit.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kelapan Tigres FC daripada 13 perlawanan bagi saingan Clausura Primera B. Mereka kini hanya mempunyai sembilan mata hasil daripada mencetak dua kemenangan serta tiga keputusan seri.
Comunicado de Prensa. pic.twitter.com/rIFxNioFkZ
โ Tigres Fรบtbol Club (@TigresCol) September 24, 2023