Sukan Asia: Speedy Tigers Bantai Oman 11-1
September 26, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad hoki lelaki senior kebangsaan meneruskan rentak kemenangan di temasya Sukan Asia 2022 apabila meraih kemenangan besar ke atas Oman dalam perlawanan kedua Pool B, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Taman Sukan Gonshu Canal tersebut menyaksikan skuad berjulukan The Speedy Tigers bimbingan Arul Selvaraj membantai Oman dengan keputusan 11-1.

Dalam pertarungan tersebut, Mohd Ashran Hamsani mencetak nama selaku penjaring hatrik manakala Muhammad Razie Abd Rahim, Faizal Saari dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal masing-masing meledak dua gol masing-masing.

Sementara itu, Shello Silverius dan Muhammad Najmi Farizal pula menjaringkan satu gol masing-masing.

Susulan keputusan ini, Malaysia yang kini berada ranking kesepuluh dunia mengungguli Pool B.

Sebagai rekod, perlawanan pertama Pool B pada Ahad lalu menyaksikan Speedy Tigers mencatatkan kemenanga 9-0 ke atas Thailand.

Pada Khamis nanti, Malaysia dijadualkan bertemu skuad jirang tetangga, Indonesia yang berada di ranking ke-60 dunia.

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

Komen