Artikel

Sukan Asia: Asnawi Butirkan Pingat Pertama Buat Kontinjen Malaysia

Kontinjen Malaysia berjaya membutirkan pingat pertamanya pada hari ketiga acara berpingat dipertandingkan di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Kutipan pingat pertama itu disumbangkan atlet pelayaran, Muhammad Asnawi Iqbal Adam apabila menamatkan acara Boy’s Dinghi ILCA 4 lelaki di tempat ketiga di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, sebentar tadi. 

Pencapaian itu sekaligus membolehkan atlet berusia 17 terbabit merangkul pingat gangsa.

Sementara itu, pingat emas dan perak pula dibawa pulang oleh atlet Thailand, Weka Bhanubandh dan atlet Singapura, Isaac Goh masing-masing.

Tidak lama kemudian, seorang lagi atlet pelayaran, Tengku Nur Ezaty menambah satu lagi pungutan pingat gangsa apabila menamatkan acara Women’s Windsurfing RSX di  tempat ketiga.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

komen