Skuad Malaysia berjaya menempatkan diri di peringkat separuh akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2023 yang sedang berjalan di Spokane, Amerika Syarikat (AS).
Langkah ke peringkat tersebut tercipta susulan berhasil menundukkan India dengan bergaya 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung bermula sekitar tengah malam tadi.
Pertarungan bermula dengan gandingan campuran, Bryan Jeremy Goonting dan Chan Wen Tse yang turun selaku taruhan pertama melakar kemenangan secara โstraight setโ 21-12 dan 21-16 ke atas Sathwik Reddy Kanapuram dan Vaishnavi Khadkekar untuk mendahului 1-0.
RESULTS: #SuhandinataCup2023
Mixed Team | QF
๐ฒ๐พ 1-0 ๐ฎ๐ณ
Bryan Goonting-Chan Wen Tse def. Sathwik Reddy Kanapuram-Vaishnavi Khadkekar 21-12 21-16#BWJC2023 #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/1hcGIaV4ne
โ BAM (@BA_Malaysia) September 28, 2023
Selepas itu, pertarungan kedua pula menjadi medan pertembungan bagi perseorangan lelaki dimana Malaysia yang menurunkan Eogene Ewe berjaya melepasi saingan sengit daripada Ayush Shetty untuk melakar kemenangan menerusi skor 21-18, 16-21 dan 21-16 dalam tempoh lebih satu jam.ย
Kemenangan oleh Eogene itu sekaligus meletakkan Malaysia kekal mendahului dengan skor 2-0.
RESULTS: #SuhandinataCup2023
Mixed Team | QF
๐ฒ๐พ 3-0 ๐ฎ๐ณ
Ong Xin Yee def. Devika Sihag 18-21 21-16 21-14
SEMI-FINALS HERE WE COME!๐ฒ๐พ๐ฅ#BWJC2023 #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gWqqMBs8yY
โ BAM (@BA_Malaysia) September 28, 2023
Pertarungan ketiga pula menyaksikan Malaysia mempertaruhkan Ong Xin Yee untuk menentang Devika Sihag. Sepertimana Eogene, Xin Yee turut sama mengharungi tiga set permainan terlelebih dahulu sebelum dapat menundukkan lawannya menerusi pungutan mata 18-21, 21-16 dan 21-14.
Hasil kemenangan oleh Xin Yee itu, Malaysia berjaya mendahului 3-0 sekaligus menyingkirkan India dan menempah tiket ke peringkat separuh akhir bertemu China.
Terdahulu, skuad remaja dari negara tembok besar berjaya melakangkah ke separuh akhir selepas mengatasi Jepun dengan skor 3-1 di peringkat suku akhir.
Malaysia dan China dijadualkan berentap pada jam 8 pagi esok (waktu Malaysia).
Featured Image: Badminton Association of Malaysia