Kaohsiung Masters: Perjalanan Sulung Super 100 Ling Ching Berakhir Di Suku Akhir
September 29, 2023 Hafizuddin Omar

Wong Ling Ching yang julung kalinya beraksi di kejohanan Jelajah BWF yang bertaraf Super 100 di Kaohsiung Masters 2023 berakhir di peringkat suku akhir.

Perjalanan pemain yang bakal menjengah usia 20 tahun ini berakhir apabila tumpas kepada pemain Jepun yang menghuni ranking ke-42 dunia, Riko Gunji dalam perlawanan yang berlangsung sekitar tengah hari tadi waktu Malaysia.

Dalam pertarungan tersebut, Ling Ching tumpas di tangan pemain berusia 21 tahun terbabit secara “straight set” menerusi skor 18-21 dan 13-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan.

Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Ling Ching dan Riko berentap sesama sendiri di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, hasil daripada kemenangan ini, Riko dapat meneruskan kemaraannya ke peringkat separuh akhir bertemu pemain Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-65 dunia, Chiu Pin-chian.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen