Artikel

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Seawal Oktober Atau November 2023 Ini

Menteri Besar Selangor kini memaklumkan yang mana Stadium Shah Alam sedia ada bakal dirobohkan, dijangka bermula seawal Oktober atau November 2023 ini. Stadium baharu yang akan menggantikannya dijangka siap dibina pada tahun 2026 kelak, dan dikenali dengan nama Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Stadium Shah Alam sedia ada ini telah dibuka pada 1994 yang lepas dan mengambil inspirasi rekabentuk Stadium Hajduk Split di Croatia, tetapi ditutup sekitar 2020 disebabkan oleh masalah membabitkan bumbung dan keselamatan orang ramai.

Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap pada 2026 ini bakal menyertakan sejumlah pembaharuan, termasuk ciri moden yang membolehkan ia ditukar mengikut acara sukan melalui teknologi “retractable pitch”.

komen