Sze Fei-Izzuddin Rangkul Kejuaraan Kaohsiung Masters 2023

October 2, 2023
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menambah satu lagi koleksi kejuaraan selepas menjuarai Kaohsiung Masters 2023 – sebuah kejohanan Jelajah BWF bertaraf Super 100.

Kejuaraan itu hadir setelah Sze Fei-Izzuddin menumbangkan pasangan tuan rumah, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan merangkap pilihan pertama kejohanan dalam perlawanan akhir, semalan.

Dalam pertarungan itu, Sze Fei-Izzuddin mencatatkan kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-10 dalam tempoh 28 minit permainan.

Kemenangan itu sekaligus membolehkan mereka mengutip hadiah berupa wang tunai bernilai AS$7,900 atau bersamaan sekitar RM37,165.55 serta pungutan 5,500 mata.

Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan kedua dirangkul Sze Fei-Izzuddin selepas menjuarai Terbuka America Syarikat (AS) 2023 sejak mereka kembali bergandingan semula sekitar Mei lalu.

Selepas ini, Sze Fei-Izzuddin akan meneruskan perjalanan musim ini dengan beraksi di Clash of Clans Artic Open 2023 (10-15 Oktober) di Vantaa, Finland dan Abu Dhabi Masters 2023 (17-22 Oktober) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Featured Image: Facebook Goh Sze Fei

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd